Wednesday, 28 November 2012

Diari Seorang Menantu.




SINOSIS

eNovel 'Diari seorang menantu' ini, mengisahkan bagaimana kehidupan seorang menantu yang bernama Ayuni, menghadapi sikap cerewet seorang mentua setiap hari.
Sikap cemburu dan tidak suka menerima perubahan dalam hidup. Kata-kata dari mulut Ayuni bagaikan angin lalu dan tidak pernah dianggap penting kepada kehidupan emak mertuanya.
Walaupun dia seorang mertua yang boleh dikatakan tersangat baik serta sangat teliti di dalam segala hal,
namun sikap mentua yang pilih kasih, mementingkan kedudukan dan harta benda membuatkan perasaan seorang menantu itu tersinggung serta terluka.

Segalanya ditanggungnya dengan sabar saban hari, kerana dia, telah menanam satu niat bahawa dia akan menjaga ibu mertuanya dengan baik. Lagipun suaminya sahajalah yang ada lebih banyak masa untuk melihat kebajikan emak mertuanya, jadi dia menerimanya dengan rela hati dan bersabar.
Dia juga bersyukur kerana mendapat seorang suami yang baik iaitu anak kepada emak mertuanya sendiri.
Sebenarnya Ayuni juga bersyukur kerana mertuanya menerimanya sebagai menantu dan masih berharap agar perkahwinan Ayuni dengan anak sulungnya itu berkekalan.

Pada masa yang lain dia tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap Ayuni, sehinggakan Ayuni nampak layanan yang berbeza sekali diantara dia dengan biras dan ipar-iparnya.
e-Novel ini ingin mengutarakan bagaimana rasa tidak bahagianya jika segala apa yang hendak dilakukan di rumah itu tidak pernah dihargai dan disokong.

Menantu yang serba kekurangan selalunya akan menjadi seperti melukut di tepi gantang.
Di sini, seorang menantu ini cuba sedaya upaya untuk menambat hati emak mertuanya tetapi tidak berjaya.
Adakah dia berputus asa? Atau dia redha sahaja apa-apa yang akan dia hadapi setiap hari atau dia akan cuba mencari kebahagiannya sendiri dan sehingga satu saat, dia melihat dari sudut kebaikan emak mertuanya, lalu di situ dia dapat mengecapi kebahagiaan yang hakiki.

1 comment:

Ayuni Ulfat said...

di harap bersabar, bonda akan masukkan bab 1 seberapa segera. tQ